Wednesday, October 3, 2012

Interview SPA jawatan pegawai perubatan UD 41



Assalamualaikum..

Dalam post kali ini kami nak share pengalaman kami  interview dengan SPA

Temuduga kami dihandle oleh SPA dan diadakan di bangunan temuduga SPA KL..
ada 2 orang panel je hari ni..seorang pegawai lelaki SPA dan seorang doktor perempuan dari KKM.

Perkara yang mula2 kena buat bila sampai dekat SPA ialah isi borang personal detail dan serah kan borang tu bersama salinan dokumen2 yg diminta (degree,transkrip,ic, surat beranak, spm, surat mmc) pada pegawai spa yg bertugas.

Pastikan korang  dtg awal untuk pendaftaran sebab kalau siapa yang datg lambat selepas masa pendaftaran, nama korang akan diletak at the end of the list..maksudnya walaupun nama korang mula huruf A tapi korang tetap akan dipanggil last sekali (selepas seratus lebih calon lain huhu)

calon- calon Dr HO..ramai betul nak jadi Dr
Sesi temuduga kami start pukul 9..nama akan dipanggil by turutan alphabet..so tunggu je lah nama korang kena panggil...untuk hari ini 8 org di panggil masuk serentak untuk satu sesi temuduga 


Ok tentang soalan interview pulak..

Mula2 setiap org di minta utk memperkenalkan diri sendiri, nama penuh,no ico, asal , status perkahwinan, nama sekolah dan universiti yang dihadiri

Soalan yg ditanya pd kami ialah demam denggi dan acute gasteoenteritis (AGE)


Soalan AGE

1)Seorang mak bawak anak dia yg muntah2 n cirit-birit ke hospital..apa benda yg paling kita takut jadi pada budak tu and cara nak manage

2) boleh x kita bagi air sirap (air manis) utk rehydrate patient ni? kalau Boleh kenape? Kalau x boleh kenape?
3)apa yg patut diberi utk rehydrate patient (P.O))
4) apa lagi yg patut dinasihatkan pada maknya.(home care)

Soalan DENGUE

1)What is the common illness in Malaysia sekarang..? In kawasan bandar..?
2)How to manage dengue fever? (Kena jawab in Malay---nak practice how to converse with patient yang kebanyakannya org biasa2 je)
3)Apa yang kita takut sangat jadi pada patient dengue ni?
4)Apa 3 laboratory parameters yg kita selalu check in DF..?
5)Not all dengue patients need to be admitted kan..so macam mana kita nak nasihat patients yang akan di treat di rumah ni?



CUBA JAWAB DULU without looking at the answer below hehe .... ^___^






AGE

1)Kita takut baby tu nyahhidrasi (read: dehydration/kekurangan air dlm badan) hehe..how to manage? bagi fluid ORS/breastfeed if baby can tolerate orally.if not i/v fluid infusion needed .Kita check hydration status of baby...Sunken eyes,baby thirsty or not,skin,baby is active or not (Boleh check paeds protocol tajuk AGE)..the worst scenario yg kita takut ialah hypovolemic shock yang boleh membahayakan nyawa.

2) TAK BOLEH bagi air bergula sebab glucose akan tarik lebih byk air keluar--->dehydration some more. Plus air bergula akan stimulate vomiting centre yg akan menyebabkan vomiting symptom makin teruk..

3)Utk rehydrate--> Air garam or ORS..mcm mana nak bg air garam ni if baby x suke nak minum..? Ada yg jawab campur dgn susu dia,ada yg jawab campur dgn sup,doctor tu cakap campur lah dgn juice skit..

4)Nasihat pada mama : jaga kebersihan barang2 anak, permainan anak, didihkan botol susu, jgn hantar ke nursery dulu utk elakkan jangkitan pada kanak-kanak lain.



DENGUE

1) Dengue fever lah of course skarang ni masih lagi common di malaysia terutamanya Shah Alam dan Bangi..

2) Mx: IV fluid replacement + antiPyretic (explain in Malay)

3)Kita takut bleeding occur in dengue fever maka jadilah denggi berdarah..Bleeding from where? ---> Gums bleeding,Nose bleed,Vaginal bleeding,GIT bleeding,Petechiae.

4)WBC DECREASE, PLATELETS DECREASE, HCT (hematocrit) INCREASE

5)Nasihat patient untuk makan paracetamol,minum air banyak2,explain tentang warning signs macam sakit perut,muntah2,pening2,etc (read CPG Dengue k)



Inilah antara soalan2 yg ditanya tadi, so mcm mana pun kena lah baca jugak before nak pergi interview at least pasal benda2 popular macm denggi. Kalau tak tahu nak jawab macam mana? haaaa just try je bg jawapan apa2 yg logic, yg penting cuba jawab. Panel akan pastikan semua org bercakap dalam discussion tu. Kalau ada org senyap je, dia akan point kat org tu utk mintak jawab jugak. paling2 tak kena marah n nasihat je pun.( harap2 tak dapat jawab tu bukan kriteria utk fail lah). yang paling penting appearance n attitude.

Jadi sekarang ni kami just tengah tunggu induction letter (tu pun kalau pass interview) and after that start kerja. Harap semua  dapat doakan untuk kami agar semua berjalan lancar dan doakan jugak kami dapat apa yg terbaik buat diri kami. Moga Allah permudahkan urusan rakan-rakan yang lain jua.


Last but not least, just nak leak satu information (bukan secret sgt pun, korang dah tau rasanya) yg kami terdengar dekat ofis KKM masa hantar borang dulu. Ada sorang officer tgh borak dgn visitor yg dtg, die ckp by 2014 pengambilan HO dah bukan macam sekarang. Ujian saringan yg lebih strict akan dilakukan utk pengambilan HO (kena buat exam etc) and mungkin akan di ambil sebagai contract worker dulu, kalau perform n competent enough baru KKM akan hire as government servant. Sejauh mana kebenaran cerita ni tak tahu lah, so just expect for the worst,. Start baca bahan2 bacaan utk hospital Malaysia eg; CPG, sarawak handbook, peads protocol etc. Betulkan niat, belajar betul2. InsyaAllah everything will be fine.




6 comments:

  1. betul tu, mungkin dah ramai graduan perubatan, jadi kena bersaing

    ReplyDelete
  2. yup mmg dah ramai sgt fresh graduates skrang ni bro

    ReplyDelete
  3. Salam. Nak tanya, lepas interview dengan SPA, perlu ke call SPA untuk tahu status? Or just tunggu surat perlantikan SPA sampai kat rumah? Berapa lama yer baru dapat surat tu? Thanks. :)

    ReplyDelete
  4. wsalam xpayah kol pun just tunggu je surat smpai rumah

    ReplyDelete
  5. salam. 1 soalan. bahasa pengantar yang digunakan adalah english sepenuhnya, atau campur bm-bi, atau depends on interviewer?

    ReplyDelete
  6. Salam.. Saya baru hantar borang spa8i hari ni, tapi status "tiada pengambilan selepas tarikh pendaftaran".. Bila ye spa punya tarikh pengambilan?

    ReplyDelete