Friday, February 10, 2012

Travellog : Perkongsian Kami dari Spain dan Portugal buat kamu.




Perjalanan 15 hari kami. 22/1/2012 - 5/2/2012

Charles De Gaulle Paris Airport
 Moscow- Barcelona - Valencia - Granada - Cordoba - Ronda - Gibraltar - Sevilla- Lisbon - Madrid - Moscow.
Mencari jejak Tariq bin Ziyad di Gibraltar, UK. Tanah dimana Tentera Islam mula mendarat di Sepanyol (Gibraltar adalah dibawah penguasaan UK sekarang. Perlu melepasi passport control untuk masuk ke sana.
Nama Tariq masih bergema di tanah Gibraltar, walaupun hanya sebagai nama jalan.

"Wa La Ghalib ilAllah" Tiada Penguasa selain Allah. Ribuan ukiran ayat ini di dinding Istana Nasrid sebagai moto rasmi kerajaan Islam pada masa itu bagi mengingatkan rakyat bahawa bukan Penguasa yang perlu ditakuti dan di agung-agungkan, tapi semua kekuatan hanyalah milik Allah.

Alhamdulillah tamat sudah perjalanan kami dalam menjejaki keunggulan Islam di tanah Sepanyol sempena cuti winter tahun 2012 ini. Perjalanan kami Alhamdulillah semuanya lancar walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul di sepanjang perjalanan kami.

Banyak pengajaran yang dapat di ambil iktibar sepanjang perjalanan kami. Banyak perkara yang dapat membuka mata dan membuat kami lebih berfikir tentang perkara-perkara di sekeliling kami.

Antara pengajran-pengajaran yang dapat kami kongsikan :



1) Sebaik mana pun kita merancang, ingatlah rancangan Allah itu lebih baik dari apa yang kita rancang. Mungkin kita dah merasakan kita merancang secara baik dan terperinci perjalanan hidup kita 10 atau 20 tahun akan datang, namun jangan lah terlampau angkuh dan yakin kepada kebolehan diri sendiri agar tidak kecewa di kemudian hari, kerana rancangan tersebut boleh berubah dalam sekelip mata dengan ketentuan Allah. Merancanglah secara sederhana dan berdoalah agar ia dimakbulkan. Apa yang ingin dikaitkan adalah tentang perjalanan kami di sepanyol sendiri pun tidak sempurna, ada sahaja ujian yang diberikan, dan alhamdulilah Dia bantu juga untuk melalui ujian tersebut.

Terdapat beberapa kejadian rakan-rakan yang kehilangan passport dan visa semasa berjalan (bukan terjadi ke atas kami), ingin saya ingatkan kepentingan untuk membawa salinan passport dan visa bersama-sama ketika berjalan. jika apa-apa terjadi sekurang-kurangnya kita masih boleh membuktikan kewarganegaraan kita untuk meminta tolong dari kedutaan Malaysia. Nombor-nombor kecemasan seperti nombor kedutaan setiap tempat yang ingin dilawati juga perlu di cari dan di simpan siap-siap di dalam handphone.
Merancang dan mencari jalan ke bandar Barcelona


2) Apa yang kami dapat lihat di negara-negara eropah pada hari ini amatlah menyedihkan sekali. Runtuhnya akhlak remaja-remaja mereka. Hiburan berleluasa disana-sini. Minuman arak sudah menjadi seperti air mineral sahaja. Anak-anak muda minum disana-sini tidak kira malam ataupun siang. Seperti negara mereka tiada agama. Walhal, jelas bersepah rumah-rumah keagamaan yang megah di negara mereka yang kini hanya popular sebagai muzium sahaja. Bukan hendak mengata agama atau negara orang. Cuma sekadar ini apa yang saya dapat lihat sepanjang perjalanan kami. Negara kita Malaysia apa kurangnya. Memang inilah umat akhir zaman,  harap kita dijauhkan dari perkara sebegini.
Taman yang sepatutnya menjadi tempat riadah keluarga menjadi tempat remaja-remaja lepak dan minum arak. Albayzin. Granada


3) Saya sering kali mendengar tentang Islam disebarkan melalui mata Pedang pada masa dahulu. Tapi apabila dikaji semula sejarah. baru jelas siapa sebenarnya yang meluaskan kuasa melalui pedang. Kalau dikaji tentang penguasaan islam di sepanyol sendiri. Apabila Islam berkuasa, semua agama dapat hidup harmoni dan dapat menjalankan kehidupan beragama masing-masing. Rumah-rumah ibadat tidak diganggu. Kebebasan beragama di berikan. Apabila jatuh sahaja Islam dan menang sahaja kuasa lain, begitu ramai yang dibunuh, dipaksa meninggalkan agama mereka atau dihalau keluar dari negara. Masjid-masjid dimusnahkan. Masjid-masjid agung ditukarkan kepada rumah ibadat mereka. Tidak jauh bezanya dengan keadaan di dunia sekarang. Sehingga kini amat susah untuk mencari masjid apabila berjalan di negara-negara eropah yang kononya mengamalkan demokrasi dan kebebasan beragama ini.
Masjid Toledo (Mezquita de Bab al-Mardum) yang diubah menjadi Cristo de La Luz church. Ukiran jesus di Kubah Masjid
Kawasan Mihrab Masjid Cordoba, Kini telah menjadi cathedral
Cathedral- Mosque Cordoba



Masjid Pertama dibenarkan dibina di Granada setelah sekian lama kejatuhan islam. Baru dibina pada 2003



4) Saya berasa kagum sebentar dengan bagaimana pemerintah dari agama kristian dahulu boleh tertarik dan terpengaruh dengan hasil seni Islam yang halus dan indah sehinggakan mereka bina istana mereka menggunakan hasil seni bina Islam. Ini dapat dilihat di Real Alcazar di Seville spain. ataupun di Castilo Pena di Sintra Portugal di mana queen mereka membina bilik tidurnya sendiri berdasarkan seni bina Islam. Kita orang islam sendiri hendaklah berasa berbangga terutama sekali dengan ajaran islam itu sendiri dan menunjukkan akhlak islami pada masyarakat.
Seni bina Islam di Real Alcazar Seville. Tertulis nama Allah tapi tanpa "alif"

Seni bina Islam yang di campur aduk dengan seni bina Kristian. Nama Allah disalibkan. Real Alcazar seville


Mix art

Real Alcazar Seville. Dome with the Islamic design but with balconies.


Siapa sangka di dalam Istana dii atas bukit ini ada Seni binaan Islam. Tidak dibenarkan untuk mengambil gambar didalam istana ini. Castilo Pena.Sintra, Portugal



5) Valencia merupakan sebuah Bandar yang ketiga terbesar di Sepanyol selepas Madrid dan Barcelona. Di sana kami banyak menghabiskan masa di The City of Art and Science. Reka bentuk bangunan futuristik amat menarik minat kami. Didalam museum sains disitu juga banyak perkara yang boleh dipelajari tentang ilmu sains. Saya berasa amat bertuah kerana semasa berada di sana kami mendapat peluang untuk melihat secara live bagaimana proses sibiji telur menetas. Amat menarik sekali.
Salah sebuah bangunan di The City of Art and Science. The hemispheric cinema

Permandangan di waktu malam




Anak ayam yang baru menetas ke dunia. Saya ada post video yang saya rakam di bawah.

6) Setiap kali waktu makan kami akan cuba sedaya upaya untuk mencari kedai makan yang halal. Itu adalah salah atu tips untuk berjimat semasa berjalan di europe kerana selalunya makanan2 halal seperti kebap akan lebih murah berbanding makanan lain. Jika nak lebih murah ada pilihan untuk masak sendiri tapi pastikan duduk di hostel yang mempunyai dapur. Alhamdulillah di sana dapat juga berjumpa dengan beberapa kedai makanan Arab Morocco dan Turki yang menyediakan makanan halal. Tapi apa yang menyedihkan, di kebanyakan kedai arak tetap dijual. Apa sebenarnya definisi halal bagi mereka? moga Allah membuka pintu hati mereka dan kita semua. Kita juga sebagai umat islam hendaklah memperbetulkan definisi halal kita bukan sahaja dari segi makanan tapi juga dari semua aspek kehidupan, hubungan, muamalat dan sebagainya.


Kedai makan Morocco yang mahal (kami termasuk pula kedai mahal, rasa macam nak keluar balik je)
Moroccon Tajine. Tajine adelah apa sahaja yang dimasak dalam clay pot morocco ini. tudungnya berbentuk 3 segi. Harga seketul roti kecil di kedai ini adalah 1 euro!
Bila dah lapar nasi terpaksa jugak cari restoran India. Makan briani Udang. Ayam daging di sini tak halal. Lisbon.

7)Saya dapat perhatikan bagaimana masyarakat yang hanya hidup mengejar dunia dan mementingkan diri sendiri. Kononya harga barangan murah ketika "sale" disana-sini. Jualan murah tidak boleh dijadikan alasan untuk membeli sesuka hati sehingga sudah tidak cukup 2 tangan membawa plastik-plastik beg hasil daripada pembelian . Apa yang dikejarkan? sedangkan begitu ramai lagi orang-orang lain yang susah dibahu-bahu jalan. Saya sering kali mengingatkan diri setiap kali hendak membeli. adakah benda yang hendak dibeli tersebut "keinginan" atau "keperluan"..kalau hanya keinginan semata-mata, lupakan sahaja jika lebih kepada pembaziran.


Sale Madrid spain
Sale, Madrid, Spain.
Saya kurang berminat dengan kehidupan bandar yang sibuk yang jauh dari alam semula jadi. Barcelona Metro


8) Pengalaman kami di Portugal pula mmemberi kami peluang untuk melihat tempat titik permulaan bermulanya penjelajahan Portugis untuk menawan Melaka pada tahun 1511 dan banyak lagi tempat disekeliling dunia pada ketika itu. Dengan membawa moto Gold Glory and Gospel mereka telah berlayar dari satu tempat di Lisbon yang bernama Belem. Dari Belem inilah Vasco Da Gama memulakan pelayaran ke Goa, dan Alfonso De Albuquerque ke Melaka.


Tugu yang mereka bina untuk penjelajah-penjelajah mereka antara nya ade lah alfonso de albuquerque
Peta penjelajahan laut Portugis di Belem, Lisbon
Melaka. Patut kita sedih atau berbangga dengan gambar ini?

Pasteis de Belem antara kedai pastry yang menjual Portuguese Cream Tart yang paling terkenal di Lisbon. 1 tart beharga 1.05 euro. Memang sedap!


9) Sebaik-baik atau secantik manapun binaan manusia, cantik dan lebih agung lagi ciptaan Allah SWT. Kami dapat menyaksikan sendiri keindahan-keindahan bumi Allah ini di sepanjang perjalanan kami. Di Sepanyol memang banyak dataran berbukit-bukau yang seluas mata memandang. SubhanAllah, amat cantik sekali. Jika anda ingin menikmati permandangan-permandangan ini cara yang terbaik adalah dengan menaiki kereta dan rancang perjalanan di waktu siang. Antara tempat yang kami pergi adalah Bandar Ronda yang terletak di tengah-tengah kawasan pergunungan di Selatan Sepanyol. Memandu ke kawasan ini memang mencabar sekali, jalannya kecil dan bersimpang siur. Perjalanan dari Ronda ke Gibraltar juga kami melalui kawasan pergunungan yang amat cantik sekali dan kami berpeluang untuk berhenti sebentar untuk mengambil gambar.

Jika menaiki kereta sendiri senang untuk berhenti dimana-mana. Perjalanan dari Ronda ke-Gibraltar singgah di Gaucin.
Menikmati Permandangan di Gaucin, Spain
 
Permandangan Perkampungan Gaucin dari jauh. Andalusia memang terkenal dengan "white washed houses"
Singgah sebentar di tepi highway untuk mengambil gambar padang rumput yang menghijau.







Permandangan dari Kota Ronda spain
 
Sunset di Ronda


permandangan Gaung di Ronda pada waktu malam




Bergambar sebentar bersama kincir angin di atas bukit. Dalam perjalanan ke Gibraltar.
10) Kota Al-Hambra Granada adalah antara peninggalan bersejarah yang dapat memberi banyak pengajaran kepada kita. Suatu Kota yang kedudukannya amat kukuh, dikelilingi oleh bukit bukau dan gunung-ganang. Kota tersebut sendiri terbina di atas bukit dan dipagari oleh tembok kota yang tinggi. Namun sedih sekali kerana kota ini telah jatuh ke tangan musuh pada ketika itu tanpa dipertahankan oleh pemerintahnya. Sebaliknya pemerintah tersebut hanya membuat perjanjian dan menyerahkan kunci kota secara percuma kepada pihak musuh. Janji tinggal janji, kebebasan beragama yang dijanjikan tidak pernah terlaksana, ramai orang islam dan yahudi disitu ketika itu dipaksa menukar agama atau pun dibunuh. Rumah-rumah ibadah di musnahkan. Pada ketika itu memang kerajaan islam Di sepanyol telah berpecah-pecah dan tidak bersatu.

Binaan yang dibina tidak akan menjadi gah tanpa hamparan dari Sang Pencipta. Kota Alhambra Granada, Spain.
Permandangan Istana Nasrid dari Albaicin. Gunung di belakang adalah Sierra Nevada.



Nasrid's Palace entrance room. Palacio Nazares








"Wa La Ghalib ilAllah"
in one of the courtyard
Salah satu ruang di Istana Nasrid
Ukiran di dinding Istana Nssrid




11) Antara pengalaman paling beharga ialah kami diberi peluang untuk menunaikan ibadat dibawah sinaran cahaya matahari, ditemani bayu laut yang dingin, dikelilingi oleh persekitaran yang menakjubkan dan dapat sujud terus di atas permukaan tanah bumi Allah SWT. Ingatkah kita tentang hadis nabi SAW yang berbunyi :

Daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Al-Khottobi mengatakan: Umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diharuskan sembahyang hanya ditempat tertentu sahaja seperti rumah ibadat dan tempat pertapaan. (Fath al-Bari)



Bersolatlah walau dimana sahaja kamu berada selagi mana tiada ancaman yang menghalang. Cabo Da Roca. Portugal
Cabo Da Roca, Portugal. the westernmost extent of mainland Portugal and continental Europe

Cabo da Roca, Portugal

Cabo da Roca Portugal



Laut di Cabo da Roca Portugal. di seberang sana adalah benua Amerika.




 Firman Allah swt:
“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)” (Surah An Nahl: Ayat 36)

Kita perlu mengkaji semula punca kejatuhan Islam di Sepanyol. Semoga kita tidak akan mengulangi  kesalahan mereka-mereka yang terdahulu.

Banyak lagi 1001 pengalaman yang kami perolehi di sepanjang perjalanan kami. Tapi cukup setakat itu dahulu perkongsian dari kami buat kamu buat kali ini. Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri dan anda semua. Wallahualam.

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian. sangat menarik dan membina cetusan minda dan semanagat hasil penulisan anda dan gambar2 yang begitu jelas dan fokus.

    ReplyDelete