"Suasana di sekeliling ku gelap, suram, sepi. Penglihatanku kabur seakan baru bangun dari tidur yang panjang.. yang hanya kedengran adalah bunyi-bunyi serangga merayap di sekelilingku, sayup-sayup bunyi desiran seakan-akan ada ular di pangkal kaki ku. Ya Allah di manakah aku ? Aku sejuk, sejuk yang teramat....badan ku sakit, kakiku kebas, ubun-ubunku berdenyut2 seperti direntap-rentap...aku keseorangan, aku takut ya Allah..takut..
Aku tidak ingat bagaimana aku boleh sampai ke tempat sebegini, sempit, kiri-kanan ku berbau tanah yang kotor dan lembap....
Semakin lama ku rasakan dadaku seperti hendak meletup, jantungku berdegup makin kencang. Badan ku yang tadi sejuk terasa makin panas, kakiku yang kebas tadi tiba-tiba terasa sakit sekali seperti terkena kejutan elektrik, menggeletar kaki ku kesakitan. rasa seperti kaki yang telah lama berehat tiba-tiba dipaksa bergerak..disentap, ditarik..
Tanpa kusedari aku mula berpeluh, titis-titis keringat mula membasahi dahi dan wajahku..aku panas, panas! sempit! tidak ada ruang langsung untuk aku berpusing, apatah lagi berdiri. Penglihatan ku kini jelas walaupun didalam gelap. Dihadapan ku hanyalah kayu yang telah mereput patah ditolak oleh sesuatu yang berat dari atas.
Tiba-tiba aku terdengar suatu bunyi yang panjang. Bunyi yang amat kuat dan memekakkan telinga sehingga membuat jiwa ku bergetar! oleh kerana terlampau kuat getaran bunyinya, bumi disekelilingku terasa bergegar kuat sekali!Badanku terasa seperti dicampak dengan ganas ke sana dan ke mari. Pandanganku berpinar pening...Ya Allah selamatkan lah aku!!
Selepas itu aku dengar lagi bunyi yang sama, untuk kali yang kedua, kali ini bumi disekeliling ku terbuka menjauhiku. Sekelilingku yang sempit tadi telah menjadi luas. Kayu yang reput tadi telah tiada. hilang sama sekali dari pandangan. Pandangan ku kini sakit dan silau. Pancaran cahaya di atas kepala ku amat cerah sekali membutakan pandangan.
Aku sedar bahawa aku bukan keseorangan lagi ketika itu, ada jutaan manusia disekelilingku! semuanya kebingungan dan semua pandangan tunduk ke bumi ketakutan.
Kini akal ku makin waras, aku dapat berfikir semula..satu persatu persoalan datang ke minda..perlahan-lahan ia terbina menjadi suatu jawapan..suatu jawapan yang suatu ketika dahulu aku cari..Ya betul inilah dia jawapannya. Janji Tuhan Itu betul. Inilah dia hari yang ditunggu. Hari Pembalasan."
Itu lah dia kisah benar (hampir benar sebenarnya) yang dapat saya kongsikan..ya memang detail-detail cerita diatas ini adalah cerita rekaan semata-mata , tetapi sy karang berasaskan kisah sebenar yang hampir semua dari kita tahu tapi mungkin lupa..
Surah An-naziat (surah ke-79) (ayat 1-14)
1)Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan keras,
2)dan (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan lemah-lembut,
3)dan (malaikat-malaikat) yang turun dari langit dengan cepat,
4)dan (malaikat-malaikat) yang mendahului dengan kencang,
5)dan malaikat-malaikat) yang mengatur urusan (dunia).
6)(Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menggoncangkan alam,
7)tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua.
8)Hati manusia pada waktu itu sangat takut,
9)pandangannya tunduk.
10)(Orang-orang yang tidak beriman) berkata: “Apakah sesungguhnya kami benar-benar dikembalikan kepada kehidupan yang semula?
11)Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kami telah menjadi tulang belulang yang hancur lumat?”
12)Mereka berkata: “Kalau demikian, itu adalah suatu pengembalian yang merugikan”.
13)Sesungguhnya pengembalian itu hanyalah dengan satu kali tiupan saja,
14)maka dengan serta merta mereka hidup kembali di permukaan bumi.Bukankah semua dari kita akan MATI dan HIDUP SEMULA? Ya benar. Tiada siapa yang akan terlepas.
Saya selalu dengar orang cakap. Rilek la, kita hidup sekali je, jom ah try sekali buat benda ni, nanti tak buat menyesal pulak..Mungkin benar apa yang diperkatakan, cuma tidak lengkap. So apa ayat yang lengkap? "Kita HIDUP dekat DUNIA sekali je,...." dan kemudian kita akan HIDUP semula di AKHIRAT. So basically kita akan hidup 2 kali kan?
So kalau kita sedar perkara ini sepatutnya kita akan selalu dengar orang cakp mcam ni
"Herm nak try ke tak nak ni, aku hidup kat dunia ni sekali je, Rilek la dulu, nanti dekat akhirat lah aku try, kalau buat sekarang menyesal pulak nanti.."
So basically kita tidak boleh rilek2 buat semua benda yang kita nak dekat dunia ni. Kalau kita tak nak menyesal dekat akhirat nanti. Setuju?
Wallahua'lam.
*kisah diatas hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kait mengait dengan sesiapa yg masih hidup ataupun yang telah mati*
p/s- baca cerita diatas sekali, baca quran tiap-tiap hari, ok?
Bimbinglah daku ke arah SyurgaMu.. |
No comments:
Post a Comment