Thursday, January 12, 2012

Muda+Pelajar+Kahwin=?

Assalamualaikum wbt

Kahwin muda time belajar, ini lah isu hangat sepanjang zaman. Orang dulu2 lagi la ramai kahwin time muda2 ..cuma sekarang menjadi isu kerana ramai orang muda yang dah berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti, jadi makin ramailah yang kahwin muda time belajar ni . Ada yang sokong, ada yang menentang, dan ada juga tuan badan yg konfius dan masih tercari2 jawapan dan keputusan yg betul untuk dibuat.

Golongan yang sokong cakap,
"baguslah kahwin dapat elak buat maksiat"
"kahwin itu ibadah, sunnah nabi, kalau dah ada calon dan dah bersedia kahwin je laa, buat apa nak tunggu lama2"
"kalau kahwin, semua ibadah2 kita pahala ganda dua tau!"
"kalau kahwin nanti boleh la aku study dengan dia sama2, berkat lagi ilmu yang aku dapat"
"Kahwin awal dapat mengelak dari kanser tau.." (ni doktor2 la cakap)
"Korang ingat time kerja nanti lagi banyak masa nak kahwin?, time belajar ni sebenarnya lagi la byk masa!"
"Rezeki tu ditangan tuhan, Kalau kawin bukan tentu jatuh miskin, insyaAllah makin banyak rezeki Tuhan beri"


dan macam2 lagi la sebab2 musabab yang diberi oleh golongan yang menyokong ni..

Kawen, kawen jangan tak kawen!



Kalau golongan menentang pulak tak kurang hebat hujahnya,

"Dah la takde duit, ade hati nak sara anak orang, anak kucing kat rumah pun tak terbela"
"Lek la dulu bro, takde life la kahwin awal, time muda ni la kena try semua bnda nnti dah kahwin tak boleh dah"
"Aku bukannya apa..tapi kita kena la concentrate dulu dgn study n bila dah ada carier baru la boleh sara mak ayah family dan isteri"
"Mana ada masa nak kahwin2 ni..nak study lagi ,duit takda, rumah takda, kereta takda, tunggu la aku kaya sikit, lepas beli kereta dengan rumah nanti aku kahwin la, takkan aku nak menumpang rumah parents aku kot"
"aku tak hapal quran lagi, mana layak lagi nak kahwin, tunggu la aku jadi ustaz dulu"

No car, No kawen

Golongan yang konfius2 ni  pun kesian jugak,

"aku memang nak kahwin awal tapi ape pulak orang kampung aku cakap nanti, dah gatal sgt ke "
"aku nak kawin tapi herm duit,duit,.."
"Takda sapa nak kat aku.." (ke memilih sangat)
"aku tak bersedia lagi nak kahwin, tapi kesian pulak dengan girlfriend aku dok mengharap tu.."
"ish nak kawen..tapi..erm..kang kena soal doa qunut dengan tok imam macm mana?"


and last but not least

"Aku dah setuju nak kahwin, dia pun dah setuju tapi parents kitorang tak kasi laa..", nilah yg paling popular sekali rasanya. (Andaikata nak jaga hati parent, pastikan perintah Allah kita ikut juga)

Itulah apa yang orang biasa cakap. Memang setiap orang  ada pendapat masing2 dan kita kena jugak menghormati setiap dari pandangan itu. Tapi kita kena ingat tujuan kita diciptakan adalah sama. Cuma keputusan dan pandangan setiap orang itu berbeza bergantung kepada cara bagaimana orang tersebut dididik dan dibentuk oleh keadaan dirinya dan persekitaran masyarakat disekeliling terutama sekali oleh keluarga.
Akal manusia ni memang power. Boleh fikir sendiri suka-suki.  Tapi itu la yang bahaya kalau dibiarkan berfikir tanpa ada batasan dan guideline yg tertentu. Sebab tu lah Allah hantar Nabi Muhammad SAW untuk mengajar dan menjadi contoh kepada kita semua so kita tahu mana yang terbaik untuk diikuti dan mana yang kita kena ditinggalkan.

Hadith Nabi yang Jelas Nyata dan Terang ni berbunyi begini

 Abdullah Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah Saw. bersabda pada kami: "Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu." (Muttafaq Alaihi. Kitab Hadits Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam)


Rasanya semua org dah biasa dengar dah hadith ni tapi tak semua orang yang dah ikut.


Personally bg sy, sy rasa sy dah mampu utk kahwin so sy pun ambil keputusan utk berkahwin walaupun masih muda dan masih belajar, as simple as that. takda pening2 kepala. Tapi betul ke sy ni mampu? tak pikir nak beli kereta rumah dulu ke?

 "Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)


Bagi sy. mampu itu tak diukur dengan kemampuan beli rumah dan kereta dahulu..mampu itu mengikut definisi dan niat masing2..Mungkin ada yg berfikir kami terburu-buru sgt nak kahwin awal, tak habis fikir masak2 lagi tentang masa depan, tapi tak kesah apa orang nak cakap, bagi saya Niat sy tak lain tak bukan hanya utk kejar Redha Allah. Apa yg akan terjadi pada masa hadapan sy serahkan bulat2 pada Allah. Sedangkan nabi sendiri menikahkan sahabatnya  walaupun dengan mahar sebentuk cincin besi. Andai kata definisi mampu nabi adalah unta dan emas dah tentu nabi dah larang sahabatnya bernikah.

 Kini setelah hampir 7 bulan berkahwin,Alhamdulillah kami dapat hidup dengan baik bersama walaupun masih bergelar seorang pelajar. Kami sedar bahawa ada cabaran2 yg sedang menunggu kami di masa hadapan. Doakan lah kebahagiaan kami dan semoga Allah memberi kekuatan pada kami utk menghadapinya.


Terpulanglah kepada semua untuk menilai definisi mampu masing2. Cuma dengan definisi kita itu nanti mampu kah kita utk mengejar Redha Allah. Mampu2kanlah.Yang penting Niat kita, berkahwin (awal) atau tidak Hanya Kerana Allah Taala.


Persediaan diri juga penting. Rohani jasmani. Tapi insyaAllah selepas berkahwin pun masih ada ruang untuk perbaiki diri. Siap ade orang tolong lagi.

Bagi sesiapa yang masih ada masalah kewangan, tentangan dari ahli keluarga atau sebagainya. Berusaha dan berdoalah, sesungguhnya Allah lah yg lebih tahu apa yg lebih baik utk diri kita semua.

Bagi yang masih mencari jawapan yg terbaik utk diri, teruskanlah pencarian itu. semoga mendapat jawapan yang di cari2 itu. (sebenarnya skema jawapan utk semua masalah kehidupan ni dah ade dah kan =)



Akhir kata, Perkahwinan itu bukan suatu Liabiliti. Perkahwinan Itu Sinergi!


No comments:

Post a Comment