Assalamualaikum wbt,
Di sini kami ingin kongsikan antara koleksi gambar-gambar snowflakes yg telah berjaya diambil sepanjang kami berada di Moscow.
Dulu mmg kami tak pernah terfikir pun tentang kewujudan snow flake yang sebenar. Selalunya kita hanya akan dapat melihat snow flake ini didalam cerita2 kartun dan lukisan sahaja. Bersyukur pada Allah kerana telah memberi kami peluang untuk melihat sendiri salah satu ciptaanNya yang amat menakjubkan ini.
Bukan sahaja cantik, tapi jikalau dilihat betul2, ianya bersimetri dan amat detail sekali penciptaannya . Memang tuhan jadikan untuk makhluknya yg mahu berfikir tentang kebesaranNya. Siapa sangka benda sekecil ini turun dari awan yg terletak beratus meter dari permukaan bumi. memang Allah lah sebaik-baik Pencipta. SubhanAllah!
Enjoy the Pictures! and dont forget to Praise Him! The One and Only!
Tidakkah
kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara
(bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih. Maka
kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga)
menurunkan (butir-butiran) salji dari langit, iaitu dari (gumpalan-gumpalan
awan) seperti gunung-ganang. Maka ditimpakan-Nya salji itu kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan
kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. Allah menggantikan malam dan
siang, sesungguhnya pada yang demikian
itu pelajaran yang besar bagi orang yang mempunyai penglihatan. Dan
Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan
itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki,
sedang sebahagian yang lain berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa
yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(al-Nur
24:43-45 Al-Quran)
No comments:
Post a Comment