Thursday, January 19, 2012

Kisah benar : Mati Hidup Semula


  "Suasana di sekeliling ku gelap, suram, sepi. Penglihatanku kabur seakan baru bangun dari tidur yang panjang.. yang hanya kedengran adalah bunyi-bunyi serangga merayap di sekelilingku, sayup-sayup bunyi desiran seakan-akan ada ular di pangkal kaki ku. Ya Allah di manakah aku ? Aku sejuk, sejuk yang teramat....badan ku sakit, kakiku kebas, ubun-ubunku berdenyut2 seperti direntap-rentap...aku keseorangan, aku takut ya Allah..takut..

Aku tidak ingat bagaimana aku boleh sampai ke tempat sebegini, sempit, kiri-kanan ku berbau tanah yang kotor dan lembap....


Semakin lama ku rasakan dadaku seperti hendak meletup, jantungku berdegup makin kencang. Badan ku yang tadi sejuk terasa makin panas, kakiku yang kebas tadi tiba-tiba terasa sakit sekali seperti terkena kejutan elektrik, menggeletar kaki ku kesakitan. rasa seperti kaki yang telah lama berehat tiba-tiba dipaksa bergerak..disentap, ditarik..


Tanpa kusedari aku mula berpeluh, titis-titis keringat mula membasahi dahi dan wajahku..aku panas, panas! sempit! tidak ada ruang langsung untuk aku berpusing, apatah lagi berdiri. Penglihatan ku kini jelas walaupun didalam gelap. Dihadapan ku hanyalah kayu yang telah mereput patah ditolak oleh sesuatu yang berat dari atas.


Tiba-tiba aku terdengar suatu bunyi yang panjang. Bunyi yang amat kuat dan memekakkan telinga sehingga membuat jiwa ku bergetar! oleh kerana terlampau kuat getaran bunyinya, bumi disekelilingku terasa bergegar kuat sekali!Badanku terasa seperti dicampak dengan ganas ke sana dan ke mari. Pandanganku berpinar pening...Ya Allah selamatkan lah aku!!


Selepas itu aku dengar lagi bunyi yang sama, untuk kali yang kedua, kali ini bumi disekeliling ku terbuka menjauhiku. Sekelilingku yang sempit tadi telah menjadi luas. Kayu yang reput tadi telah tiada. hilang sama sekali dari pandangan. Pandangan ku kini sakit dan silau. Pancaran cahaya di atas kepala ku amat cerah sekali membutakan pandangan. 


Aku sedar bahawa aku bukan keseorangan lagi ketika itu, ada jutaan manusia disekelilingku! semuanya kebingungan dan semua pandangan tunduk ke bumi ketakutan.


Kini akal ku makin waras, aku dapat berfikir semula..satu persatu persoalan datang ke minda..perlahan-lahan ia terbina menjadi suatu jawapan..suatu jawapan yang suatu ketika dahulu aku cari..Ya betul inilah dia jawapannya. Janji Tuhan Itu betul. Inilah dia hari yang ditunggu. Hari Pembalasan."




     Itu lah dia kisah benar (hampir benar sebenarnya) yang dapat saya kongsikan..ya memang detail-detail cerita diatas ini adalah cerita rekaan  semata-mata , tetapi sy karang berasaskan kisah sebenar yang hampir semua dari kita tahu tapi mungkin lupa..

Surah An-naziat (surah ke-79) (ayat 1-14)

1)Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan keras,

2)dan (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan lemah-lembut,

3)dan (malaikat-malaikat) yang turun dari langit dengan cepat,

4)dan (malaikat-malaikat) yang mendahului dengan kencang,

5)dan malaikat-malaikat) yang mengatur urusan (dunia).

6)(Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menggoncangkan alam,

7)tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua.

8)Hati manusia pada waktu itu sangat takut,

9)pandangannya tunduk.

10)(Orang-orang yang tidak beriman) berkata: “Apakah sesungguhnya kami benar-benar dikembalikan kepada kehidupan yang semula?

11)Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kami telah menjadi tulang belulang yang hancur lumat?”

12)Mereka berkata: “Kalau demikian, itu adalah suatu pengembalian yang merugikan”.

13)Sesungguhnya pengembalian itu hanyalah dengan satu kali tiupan saja,

14)maka dengan serta merta mereka hidup kembali di permukaan bumi.

    
Bukankah semua dari kita akan MATI dan HIDUP SEMULA? Ya benar. Tiada siapa yang akan terlepas.

    Saya selalu dengar orang cakap. Rilek la, kita hidup sekali je, jom ah try sekali buat benda ni, nanti tak buat menyesal pulak..
Mungkin benar apa yang diperkatakan, cuma tidak lengkap. So apa ayat yang lengkap? "Kita HIDUP dekat DUNIA sekali je,...." dan kemudian kita akan HIDUP  semula di AKHIRAT. So basically kita akan hidup 2 kali kan?


So kalau kita sedar perkara ini sepatutnya kita akan selalu dengar orang cakp mcam ni


"Herm nak try ke tak nak ni, aku hidup kat dunia ni sekali je, Rilek la dulu, nanti dekat akhirat lah aku try,  kalau buat sekarang menyesal pulak nanti.."


So basically kita tidak boleh rilek2 buat semua benda yang kita nak dekat dunia ni. Kalau kita tak nak menyesal dekat akhirat nanti. Setuju?




Wallahua'lam.


*kisah diatas hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kait mengait dengan sesiapa yg masih hidup ataupun yang telah mati*
p/s- baca cerita diatas sekali, baca quran tiap-tiap hari, ok?




Bimbinglah daku ke arah SyurgaMu..

Thursday, January 12, 2012

Toyol Super

Assalamualaikum wbt,

Just nak berkongsi kisah bila dapat kad "Toyol Super" ni semalam...

Kami tengah berjalan kaki nak pegi makan dekat restoran, bila time lalu belakang seorang mamat russian ni tibe-tibe je die pusing sambil menghulurkan kad ni dengan laju..terkejut jugak la time tu. Mungkin die dah target kitorang ni student dari jauh, ye la nampak muda n comel je, student la tu.

Memang mantap product yang die jual ni "Toyol Super". fuh memang mantap dan sesuai utk student2 yg malas nak study n byk duit
Translation : Micro earphone for exam-all learned-u can rest! Size 2x2mm. With the help of this earphone you can call without the teacher knowing!



Perkataan Toyol ni memang popular dikalangan student. Toyol ni bende2 kecik yg boleh buat sebagai "lifeline" time exam. Sebab tu sy panggil bende ni toyol super. berteknologi wireless! (kagum sebentar dengan russian, benda gini pun ade jual). ni dah boleh jadi CIA or FBI punye device ni
Cara2 untuk pakai pun dia ada ajar dalam kad ni. Siap ada warranty 5 tahun dan boleh juga kalau nak sewa. Siapa cakap benda ni tak best memang tipu.

Memang banyak perkara "sebegini" yg kami dapat "belajar" sepanjang pengajian kami di sini. Tapi tak dinafikan mana2 tempat belajar tak kesah negara mana mesti ade je bende2 ni. Dulu2 kami just discover cara yg kuno, sekarang dah makin maju!

Bijak memang bijak, orang sanggup buat apa sahaja utk berjaya.

Untuk orang Islam kita belajar semata2 untuk memantapkan diri kerana Allah, untuk mencari kejayaan juga utk Allah. bukan kerana utk kejayaan sementara didunia. Bukan sahaja dalam bab belajar tapi dalam semua perkara pun kena macam tu. Fikir dahulu setiap kali nak buat sesuatu perkara. Betul atau salah. kalau salah cuba sedaya upaya utk tinggalkn.

Kami yg menulis ni pun tidak sempurna dan tidak terlepas dari kesalahan2. Itu lah perlunya rakan yang berpesan2.

 "......Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. "

Al-Quran.Surat Al Maidah ayat 2


Wallahua'lam

Manusia bersifat lemah


Assalamualaikum....

Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara...
Sepanjang minggu lepas hingga lah ke minggu ni rasa penat sgt lelah dan sesak..x mampu bernafas sperti insan lain..
Cuti yg penuh diisi tanpa ada masa utk bersahaja2 mengqada' tido kata orang mahupun bersuka berjoli menonton movie, karaoke, berdating, hatta melawat ke rumah mak2 angkat sekalipun..(read : aunties) etc..
Cuti yg padat dgn program, majlis2 ilmu, kerja2 pengurusan konvensyen dan juga kerja2 post-konvensyen,kerja dok mengira2 duit jualan smpai pening2 sbb mmg pernah skali je seumur hidup jd bendahari..hikhikhik...tak apa pengalaman mengajar dan mematangkan kita kan...=))

Dalam kesibukan tu ditambah lagi dgn tangungjawab sbgai seorang isteri, student, kerja2 usrah etc...berlari2 ke sana ke mari menguruskan kerja menyiapkan makan pakai suami cuba mencari masa utk membaca buku medic juge...penat memang penat...but that what makes you a better person.. tiada masa utk pekerjaan yg sia2...bukankah hidup kita ini diciptakan dgn tujuan dan bukannya sia2..?



  • (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Al-quran 3:191)


  • Takdela sesak sampai camnieee


    Namun aku manusia yg mmg diciptakan bersifat lemah dan berputus asa..rasa penat ttp menguasai diri..Tatkala keletihan dan kesesakan menerjah, hanya doa yg mampu ku panjatkan...sbb aku tahu tiada yg mampu memberi diri ini kekuatan utk terus bergerak melainkan Dia...Hanya Dia sumber kekuatanku utk terus melangkah meninggalkan jahiliyahku, utk berjuang menahan kehendak nafsu ini...bermujahadah membebaskan diri dr belenggu dunia...ALLAH...

    Allah..beri aku kekuatan ketabahan utk terus berada pd jalan ini, teguhkan hati ini utk melaksanakan setiap tanggungjawabku dgn sempurna, titipkan keikhlasan dlm hati ini dalam melakukan setiap amalku agar ianya tidak sia2...kurniakan kpdku kesabaran, kemuliaan akhlak ya Allah...jadikan aku hambaMu yg solehah, anak yg tidak derhaka dan bermanfaat pd kedua org tuaku, seorang isteri yg taat solehah pd seorang suami yg cukup mulia ya Allah..jadikan aku seorang doktor mukmin yg akan berbakti kpd ummat ini ya Rabb..

    Allah...
    Aku bersyukur...
    atas kekuatan yg diberi selama ini...
    aku bersyukur..
    atas segala urusan yg telah Kau permudahkan utk ku..
    aku bersyukur...
    atas setiap hirupan nafas ini...
    aku bersykur..
    atas kurniaan insan2 istimewa dlm hidupku..
    aku bersykur ya Allah...
    Kau hadirkan seorang suami yg tersangat istimewa dlm hidupku...
    yg cukup tabah sabar menghadapi kerenahku...
    Kau kurniakan kpd dia suami yg ku sayangi itu keimanan, kesabaran, kesihatan, kemuliaan akhlak ya Allah..
    Pelihara cinta kami ...moga sentiasa dalam redhaMu...
    Amin..~~

    Muda+Pelajar+Kahwin=?

    Assalamualaikum wbt

    Kahwin muda time belajar, ini lah isu hangat sepanjang zaman. Orang dulu2 lagi la ramai kahwin time muda2 ..cuma sekarang menjadi isu kerana ramai orang muda yang dah berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti, jadi makin ramailah yang kahwin muda time belajar ni . Ada yang sokong, ada yang menentang, dan ada juga tuan badan yg konfius dan masih tercari2 jawapan dan keputusan yg betul untuk dibuat.

    Golongan yang sokong cakap,
    "baguslah kahwin dapat elak buat maksiat"
    "kahwin itu ibadah, sunnah nabi, kalau dah ada calon dan dah bersedia kahwin je laa, buat apa nak tunggu lama2"
    "kalau kahwin, semua ibadah2 kita pahala ganda dua tau!"
    "kalau kahwin nanti boleh la aku study dengan dia sama2, berkat lagi ilmu yang aku dapat"
    "Kahwin awal dapat mengelak dari kanser tau.." (ni doktor2 la cakap)
    "Korang ingat time kerja nanti lagi banyak masa nak kahwin?, time belajar ni sebenarnya lagi la byk masa!"
    "Rezeki tu ditangan tuhan, Kalau kawin bukan tentu jatuh miskin, insyaAllah makin banyak rezeki Tuhan beri"


    dan macam2 lagi la sebab2 musabab yang diberi oleh golongan yang menyokong ni..

    Kawen, kawen jangan tak kawen!



    Kalau golongan menentang pulak tak kurang hebat hujahnya,

    "Dah la takde duit, ade hati nak sara anak orang, anak kucing kat rumah pun tak terbela"
    "Lek la dulu bro, takde life la kahwin awal, time muda ni la kena try semua bnda nnti dah kahwin tak boleh dah"
    "Aku bukannya apa..tapi kita kena la concentrate dulu dgn study n bila dah ada carier baru la boleh sara mak ayah family dan isteri"
    "Mana ada masa nak kahwin2 ni..nak study lagi ,duit takda, rumah takda, kereta takda, tunggu la aku kaya sikit, lepas beli kereta dengan rumah nanti aku kahwin la, takkan aku nak menumpang rumah parents aku kot"
    "aku tak hapal quran lagi, mana layak lagi nak kahwin, tunggu la aku jadi ustaz dulu"

    No car, No kawen

    Golongan yang konfius2 ni  pun kesian jugak,

    "aku memang nak kahwin awal tapi ape pulak orang kampung aku cakap nanti, dah gatal sgt ke "
    "aku nak kawin tapi herm duit,duit,.."
    "Takda sapa nak kat aku.." (ke memilih sangat)
    "aku tak bersedia lagi nak kahwin, tapi kesian pulak dengan girlfriend aku dok mengharap tu.."
    "ish nak kawen..tapi..erm..kang kena soal doa qunut dengan tok imam macm mana?"


    and last but not least

    "Aku dah setuju nak kahwin, dia pun dah setuju tapi parents kitorang tak kasi laa..", nilah yg paling popular sekali rasanya. (Andaikata nak jaga hati parent, pastikan perintah Allah kita ikut juga)

    Itulah apa yang orang biasa cakap. Memang setiap orang  ada pendapat masing2 dan kita kena jugak menghormati setiap dari pandangan itu. Tapi kita kena ingat tujuan kita diciptakan adalah sama. Cuma keputusan dan pandangan setiap orang itu berbeza bergantung kepada cara bagaimana orang tersebut dididik dan dibentuk oleh keadaan dirinya dan persekitaran masyarakat disekeliling terutama sekali oleh keluarga.
    Akal manusia ni memang power. Boleh fikir sendiri suka-suki.  Tapi itu la yang bahaya kalau dibiarkan berfikir tanpa ada batasan dan guideline yg tertentu. Sebab tu lah Allah hantar Nabi Muhammad SAW untuk mengajar dan menjadi contoh kepada kita semua so kita tahu mana yang terbaik untuk diikuti dan mana yang kita kena ditinggalkan.

    Hadith Nabi yang Jelas Nyata dan Terang ni berbunyi begini

     Abdullah Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah Saw. bersabda pada kami: "Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu." (Muttafaq Alaihi. Kitab Hadits Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam)


    Rasanya semua org dah biasa dengar dah hadith ni tapi tak semua orang yang dah ikut.


    Personally bg sy, sy rasa sy dah mampu utk kahwin so sy pun ambil keputusan utk berkahwin walaupun masih muda dan masih belajar, as simple as that. takda pening2 kepala. Tapi betul ke sy ni mampu? tak pikir nak beli kereta rumah dulu ke?

     "Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

    (Surah An-Nur 24:32)


    Bagi sy. mampu itu tak diukur dengan kemampuan beli rumah dan kereta dahulu..mampu itu mengikut definisi dan niat masing2..Mungkin ada yg berfikir kami terburu-buru sgt nak kahwin awal, tak habis fikir masak2 lagi tentang masa depan, tapi tak kesah apa orang nak cakap, bagi saya Niat sy tak lain tak bukan hanya utk kejar Redha Allah. Apa yg akan terjadi pada masa hadapan sy serahkan bulat2 pada Allah. Sedangkan nabi sendiri menikahkan sahabatnya  walaupun dengan mahar sebentuk cincin besi. Andai kata definisi mampu nabi adalah unta dan emas dah tentu nabi dah larang sahabatnya bernikah.

     Kini setelah hampir 7 bulan berkahwin,Alhamdulillah kami dapat hidup dengan baik bersama walaupun masih bergelar seorang pelajar. Kami sedar bahawa ada cabaran2 yg sedang menunggu kami di masa hadapan. Doakan lah kebahagiaan kami dan semoga Allah memberi kekuatan pada kami utk menghadapinya.


    Terpulanglah kepada semua untuk menilai definisi mampu masing2. Cuma dengan definisi kita itu nanti mampu kah kita utk mengejar Redha Allah. Mampu2kanlah.Yang penting Niat kita, berkahwin (awal) atau tidak Hanya Kerana Allah Taala.


    Persediaan diri juga penting. Rohani jasmani. Tapi insyaAllah selepas berkahwin pun masih ada ruang untuk perbaiki diri. Siap ade orang tolong lagi.

    Bagi sesiapa yang masih ada masalah kewangan, tentangan dari ahli keluarga atau sebagainya. Berusaha dan berdoalah, sesungguhnya Allah lah yg lebih tahu apa yg lebih baik utk diri kita semua.

    Bagi yang masih mencari jawapan yg terbaik utk diri, teruskanlah pencarian itu. semoga mendapat jawapan yang di cari2 itu. (sebenarnya skema jawapan utk semua masalah kehidupan ni dah ade dah kan =)



    Akhir kata, Perkahwinan itu bukan suatu Liabiliti. Perkahwinan Itu Sinergi!


    Sunday, January 8, 2012

    ~Our Love story~

    Assalamualaikum wbt,


    Nama penuh saya Hazwan Zharif B. Hosen dan nama Isteri saya Ainal Faezah Bt Mohd Mustafa.
    Sedikit mengenai kami, kami adalah pelajar perubatan tahun ke-6 di Moscow State Medical University Russia (MSMU), Kami telah belajar didalam kelas yang sama sejak tahun pertama kami di Universiti lagi pada tahun 2006. Alhamdulillah setelah mendapat restu kedua ibu-bapa dan keluarga kami telah mendirikan rumah tangga pada tahun lepas pada tanggal 9 Julai 2011 semasa kami baru menamatkan tahun ke-5.

    Sebagai seorang pelajar medic, banyak juga yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk berkahwin ketika belajarsebgai contoh tentang kewangan, tanggungjawab sebagai seorang student, tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, tanggungjawab terhadap keluarga dan banyak lagi. Cabaran yang saya dapat sebelum berkahwin toksah ceritalah, amatlah "adventurous". InsyaAllah saya akan kongsikan tentang pengalaman sy ini pada post2 yang akan datang.

    Tanggungjawab kita sebagai seorang manusia perlulah seimbang tapi perlu diingatkan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah adalah yang terbesar dan merangkumi tanggungjawab-tanggungjawab kita yang lain.

    Soalan paling Popular setakat ni "best ke kahwin?" jawapannye "best bro", =)

    Kalau nak dihuraikan "best" tu memang panjanglah, tapi yang penting kena ingat yang penting itu redha Allah, kalau apa saja yang kita buat ikut kehendak agamanya, insyaAllah jawapan kepada semua soalan akan jadi "best bro!"


    “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” Surah Ar-Ruum : 21


    Ingat, Islam itu memang best, yang tak best itu kita tanpa Islam.Wallahua'lam.
    Ainal Faezah menantu ketiga kepada En. Hosen
    Hazwan Zharif menantu ke-tiga kepada En. Mohd Mustafa






    Saturday, January 7, 2012

    Perkongsian Dari Kami Buat Kamu..

    Hidup itu satu Perkongsian..
    Assalamulaikum pembaca-pembaca sekalian, selamat datang ke blogspot kami. Semoga perkongsian kami disini buat kamu semua akan bermanfaat. InsyaAllah kami akan berkongsi tentang kehidupan, pengalaman, pendapat, agama, isu-isu semasa dan ilmu-ilmu berguna. Minta maaf jika terkasar bahasa tersalah tulis. Kesalahan itu lumrah manusia. Bismillah pembuka kata, moga kita dirahmati oleh Nya =)